info mengenai khasiat dan kelebihan kurma sebagai sumber makanan kita
1. KESIHATAN
a. Mencegah Penyakit Kronik
Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya
Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi,
Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan
“Dari segi perubatan, amalan memakan
kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit
kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti
potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita
Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
b. Merangsang Dan Memudahkan
Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata,
buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan
“Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua
kuman di dalam bandannya”.
2. KECERDASAN & KECERGASAN
a.Kecerdasan Minda Dan Membantu
Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi,
kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi
khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang
sihat.
b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam
surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma
tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu,
maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
3. KEPERIBADIAN
a. Membentuk Sifat Penyabar,
Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
4. KEBERKATAN
a. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa
r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu
baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan
buah kurma.”
b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
Dengan sebab itulah Prof Madya
Asiah menyatakan lagi ” pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting
pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan
kurma wajar dijadikan amalan harian.”
BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK
Khasiat buah kurma bukan sahaja
diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli
perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan
menyihatkan tubuh badan.
Pensyarah Sains Makanan, Fakulti
Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya
Asiah Zain berkata,
“Pengambilan buah kurma tidaklah
sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa,
sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”
“Dari segi perubatan, amalan
memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.”
“Kurma boleh dijadikan makanan
yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium,
kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Beliau berkata, walaupun buah
padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai
khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai
pilihan alternatif.
Katanya, buah kurma mengandungi
vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu
sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu
seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.
Prof Asiah berkata, buah kurma
mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang
dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Katanya, kanak-kanak digalakkan
memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan