Haid adalah suatu keadaan
fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam
lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung.
Semasa kedatangan haid, seseorang
wanita akan kehilangan darah.
Tempoh reproduktif seseorang
wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan
untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau
kitaran haid.
Fungsi kitaran
haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan
lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku
persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan
lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Proses
haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati.
Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh
sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.
Proses haid bermula daripada umur
12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16
tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa
faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan.
Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat
umur antara 45 hingga 55 tahun).
Purata tempoh kitaran haid bagi wanita
yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi
setiap kitaran baru.
Setiap kitaran bagi seorang wanita
yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh
kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid di kalangan
gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata
tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid.
Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat
hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari.
Jumlah purata darah
dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml.
Wanita yang berumur kurang
daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang
berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang
semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.
Sesetengah wanita akan mengalami
simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. seperti sakit
kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan,
sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta
tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini
berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi
atau diurus sendiri oleh wanita tersebut.
Mereka yang mengalami masalah
tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan
keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian
doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah
pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan
bagi mengatasi masalah tersebut.
Abnormal semasa haid dan cara mengatasi
Adalah dianggarkan seramai 10
peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita
mempunyai masalah seperti berikut:
1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana
wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan
sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku
pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa
menjejaskan aktiviti harian.
Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit
kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai
gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan
kepeningan.
Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh
dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana
pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu.
Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti
endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau
penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah
rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit
berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum
atau semasa dua hari pertama haid.
Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih
teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada
doktor pakar.
2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak
semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh
mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan
yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika
pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.
3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang
haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang
haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan
kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi
kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan
sekunder perlu dirujuk kepada doktor.
Amenorea sekunder biasanya disebabkan
oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik.
Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara
pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.
4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh
antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid
dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini
boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan
interhaid, pendarahan dan ovulasi.
Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan
kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya
disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi
dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.
5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala
berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya
gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan
haid atau di akhir-ahir tempoh haid.
Ia disebabkan oleh naik turun paras
hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah
konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan
keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering
dialami ialah:
Psikologikal
– emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan
dan gangguan tidur.
Neurologik
– sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
Payu dara –
ketegangan, bengkak
Saluran
gastrousus – sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen,
ketagihan gula-gula
Kaki dan
tangan – bengkak dan berair (edema)
Kurang
kencing
Kulit
berjerawat
Kenalpasti Sindrom
Kebanyakan wanita yang menggunakan
produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain
mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami
gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau
kekejangan pada bahagian abdomen.
Produk atau ubat yang berkaitan dengan
masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi.
Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan
samping serta mujarab.
Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang
dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang
lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik
dan ginaekologi).
Wanita harus berwaspada terhadap
gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan
memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor
pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang
tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan
semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada
bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu
dara.
Kaedah rawatan
Jenis dan keberkesanan rawatan
bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami
oleh wanita:
Sakit – kekejangan otot, sakit
kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.
Pengumpulan cecair – kenaikan
berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.
Kesan psikologi – sedih, kesepian,
keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.
Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi
haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan
haid yang telah diterangkan seperti di atas.
Di antara ubat dan kaedah rawatan
yang boleh digunakan ialah:
Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit
NSAIDs –
ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik –
berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh
atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Asetaminofen
– Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol
Hormon
Pil
kontraseptif – Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat
reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur
tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.
Progesteron
dalam bentuk sintetik – Progestin, contoh, medroksiprogesteron,
noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan
masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.
Analog
GnRH (suntikan agen hormon) Mengurangkan paras hormon estrogen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan