POLIS Keningau mendedahkan identiti lima penjenayah paling
dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk
bunuh, rogol, rompak dan pecah rumah antara 2000 dan 2018.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin
Mat Husain berkata, mereka terdiri daripada Mochain Sahidol, 42, dari Batu 11 ½
Jalan Labuk Sandakan; Marlin Koron, 32, dari Kampung Biah Keningau dan Yahya
Kahar, 50, dari Kampung Simpang Empat Papar.
“Dua lagi ialah Mohd Azni Sarni, 42, beralamat di No 1,
Lorong 5, Taman Kemajuan, Kampung Likas, Kota Kinabalu dan Jamri Rahili, 33,
dengan alamat terakhirnya di Rancangan Belia Tiulon, Sook, Keningau,” katanya
hari ini.
Beliau meminta bantuan orang ramai menghubungi balai polis
berhampiran jika mempunyai maklumat serta mengesan lokasi terkini mereka.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan