KAJIAN terbaru menunjukkan sarapan
coklat, terutamanya coklat gelap (dark chocolate) mungkin dapat membantu
kesihatan anda.
Laporan Food Business News
menyebut kajian berkenaan disokong hasil penyelidikan di Universiti Syracuse
yang menunjukkan coklat gelap memberi manfaat kepada otak dari segi daya
ingatan dan fokus.
Pengarah Kulinari Sterling-Rice
Group Liz Moskow menyatakan bahawa pemakanan coklat pada waktu pagi boleh
mempersiapkan diri untuk bekerja sepanjang hari.
"Jadi apa salahnya untuk
makan coklat pada waktu pagi sebagai sebahagian daripada sarapan?" cadang
beliau.
Kajian itu juga disokong oleh kajian
pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu
mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan.
Moskow juga menjangkakan lebih
banyak restoran akan menghidangkan coklat, terutamanya untuk menu ‘brunch’.
Secara saintifik, coklat gelap
diakui mempunyai khasiat antioksida yang antara lain membantu mengelak penyakit
berkaitan jantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan